Tentang Ilmu

Posted: 6 Desember 2010 in Uncategorized

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata’ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila terus diamalkan, salah  satu
pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang
membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah
Subhanahu
wata’ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang
yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk,  amalkanlah ilmu itu

QS An Nahl ayat 125. Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan
hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang
baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa
yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui
orang-orang yang mendapat petunjuk.

Ini ada hadits yang diriwayatkan Imam Buchori dan Muslim :

1. No. Hadits 284 Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a katanya: Aku
bertanya: Wahai Rasulullah! Masjid manakah yang pertama diasaskan atas
muka bumi ini? Rasulullah menjawab: Masjidil Haram. Aku bertanya lagi:
Setelah itu, masjid mana pula? Baginda menjawab: Masjidil Aqsa.
Seterusnya aku bertanya: Berapa lamakah beza waktu di antara keduanya?
Baginda menjawab: Empat puluh tahun. Walau pun begitu, di mana saja
kamu berada apabila tiba waktu sembahyang, dirikanlah sembahyang
kerana di situ juga merupakan masjid

2. No. hadits 285 Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari
r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diberi lima perkara yang
tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku. Semua Nabi
sebelumku hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku
diutuskan kepada manusia yang berkulit merah dan hitam iaitu seluruh
manusia. Dihalalkan untukku harta rampasan perang, sedangkan ianya
tidak pernah dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku. Disediakan
untukku bumi yang subur lagi suci sebagai tempat untuk sujud iaitu
sembahyang. Maka sesiapa pun apabila tiba waktu sembahyang walau
dimana saja dia berada hendaklah dia mengerjakan sembahyang. Aku juga
diberikan pertolongan secara dapat menakutkan musuh dari jarak
perjalanan selama satu bulan. Aku juga diberikan hak untuk memberi
syafaat

3. No. hadits 286 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Aku diberikan enam
kelebihan berbanding Nabi-nabi lain; Aku diberi kata-kata yang ringkas
tetapi mengandungi erti yang banyak iaitu al-Quran dan Hadis. Aku
diberi pertolongan dengan cara dapat menakutkan musuh, dihalalkan
bagiku harta rampasan perang dan dijadikan kepadaku bumi yang suci
sebagai tempat sujud. Aku juga diutuskan kepada seluruh makhluk dan
aku adalah sebagai penutup bagi seluruh para Nabi iaitu Nabi yang
terakhir diutuskan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s